Saturday 25 January 2014

Kemaskini Android 4.4.2 KitKat Mula Diterima Pengguna Galaxy Note 3 Malaysia

Nampaknya kini Samsung turut sama telah mula memfokuskan kepada pengenalan kemaskini perisian dengan pantas, dimana hari ini beberapa pengguna tempatan telah mula menerima kemaskini Android 4.4.2 untuk peranti Samsung Galaxy Note 3 mereka.

Galaxy Note 3 - Android KitKat

Kemaskini Android 4.4.2 untuk Galaxy Note 3 menyertakan beberapa fungsi, antaranya kebolehan memilih aplikasi permesejan utama untuk SMS, lebih banyak sokongan emoji, sokongan percetakkan wireless, dan beberapa yang lain.

Seperti biasa, kemaskini ini ditawarkan melalui OTA pada saiz sekitar 430MB. Bagi pengguna yang menggunakan Galaxy Note 3, boleh menyemaknya dengan ke halaman Settings > About Phone > Software Update.


SUMBER : AMANZ

Thursday 2 January 2014

Azam Tahun Baru Untuk Berhenti Merokok? Kini Ada Aplikasi Untuknya :)

http://agendasemasa.com/wp-content/uploads/2013/06/rokok.jpg 

Assalamualaikum..

Dengan permulaan tahun baru, mungkin ramai yang ingin menjimatkan perbelanjaan, dan salah satu caranya adalah dengan kurangkan merokok. Untuk membantu proses berkenaan, kini salah satu aplikasi hadir, dinamakan Quit Pro.

Quit Pro dibangunkan oleh pembangun dari negara jiran, Singapura. Ia ditawarkan secara percuma, tetapi dilengkapi dengan iklan serta pilihan pembelian untuk mendapatkan beberapa ciri premium.

Menggunakan aplikasi berkenaan, ia membolehkan pengguna untuk memantau kaedah mereka merokok, disamping menyediakan beberapa statistik seperti wang yang telah dijimatkan, selama mana anda telah berhenti merokok dan sebaaginya.


Quit Pro

Apa pun, pengguna masih perlu memasukkan data secara manual dan boleh melihat paparan data dalam bentuk grafik dan juga graf. Beberapa ayat motivasi turut disediakan untuk mengalakkan pengguna berhenti menghisap rokok.

Seperti biasa, ia masih boleh ditipu dan bergantung sepenuhnya untuk usaha pengguna itu sendiri untuk berhenti merokok.

 Video : Quit Pro iPhone App - Your mobile phone helps you quit smoking
 Muat Turun : Quit Pro untuk iOS
 Muat Turun : Quit Pro untuk Android


Wednesday 1 January 2014

Hampir 18,000 Pengguna Dilaporkan Tertipu Dengan Perkhidmatan P1 WiMAX

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizH1kB0quMQUjaHSncpk6-3nN8DRmYKxvnGfK6h8g-Y4HzqN3Eja1QmukDgvvK3fFX0wVbk3ups0bTggLPeBQmCN8amk9pRIqXtvaLasvCtfc9hCaVpJc6z2My6mrX1O9xP5OdLN7rDwk/s1600/P1.jpg




Assalamualaikum . 

P1 WiMAX merupakan salah satu syarikat penyedia perkhidmatan internet, yang menggunakan teknologi WiMAX. Pada tahun lepas, mereka telah mengalami beberapa perubahan, termasuk perubahan pada CEO dan juga turut mengalami pelbagai masalah dengan pengguna.
Salah satu masalah yang hangat dikatakan sejak beberapa minggu yang lepas adalah berkenaan dengan ramai pengguna perkhidmatan P1 yang berdepan dengan tindakan untuk disenarai-hitamkan oleh CTOS.

Daripada apa yang diketahui, pelanggan berdepan dengan tindakan untuk disenarai-hitam sekiranya gagal membayar langganan perkhidmatan tersebut. Ramai yang tidak menyukai perkara tersebut memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan tidak seperti dijanjikan oleh P1. Ia turut dikatakan hampir 18,000 pengguna tertipu apabila P1 gagal memberikan capaian internet terbaik untuk digunakan.

Menekankan perkara ini, Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dilihat meminta kerajaan melalui SKMM untuk mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan. Pada berita yang diterbitkan di Utusan, ia turut dikatakan P1 sanggup untuk tidak mengenakan denda kepada pemilik laman Facebook P1 WiMAX Sucks sekiranya beliau menutup halaman tersebut.

P1 dikatakan akan memberikan kenyataan maklum balas berkenaan aduan ini pada hari ini.

Sumber Rujukan : UTUSAN ONLINE