Tuesday 25 March 2014

Mari Ketahui Pengikut Pertama Anda Di Twitter

Assalamualaikum .

Pada minggu lepas, pihak Twitter telah menyambut ulang tahun ke-lapan mereka dengan memperkenalkan sebuah tool ringkas membolehkan anda mengetahui apakah Tweet pertama anda. Menariknya, kini selang seminggu, pihak SocialRank pula hadir dengan tool mereka tersendiri untuk membolehkan anda mengetahui siapakah pengikut pertama anda di Twitter.


Menggunakannya, anda boleh mengetahui siapakah orang pertama yang mengikuti akaun Twitter anda selepas anda mendaftar perkhidmatan tersebut.

Jadi, bagi anda yang aktif menggunakan Twitter, mungkin boleh menyemaknya hari ini, dan melihat sendiri siapakah orang pertama yang mengikuti akaun anda hari ini.





Monday 24 March 2014

Intel Akan Hadir Dengan Cip Lapan Teras Haswell-E – Sokongan Memori DDR4

assalamualaikum dan selamat sejahtera :)


Selain perkembangan positif dalam arena cip pemprosesan mudah-alih, Intel turut tidak melupakan arena perkomputeran desktop. Hari ini, pihak Intel dilihat berkongsi beberapa info berkenaan cip pemprosesan baru mereka, Haswell-E.

Info penuh berkenaan dengan cip Haswell-E baru ini tidak diketahui sepenuhnya. Menurut Intel, ia merupakan cip desktop pertama daripada Intel yang hadir dengan lapan teras dan cipset X99. Disamping itu, ia juga akan menjadi platform desktop pertama yang hadir dengan sokongan memori DDR4.

Dengan cip edisi Extreme ini, ia sekaligus memberikan tenaga pemprosesan lebih baik, termasuk dari segi overclocking dan beberapa yang lain.



Intel dijangka akan memasarkannya sekitar pertengahan kedua 2014 ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.



Sumber : intel