Assalamualaikum .
Pada minggu lepas,
pihak Twitter telah menyambut ulang tahun ke-lapan mereka dengan memperkenalkan
sebuah tool ringkas membolehkan anda mengetahui apakah Tweet pertama anda.
Menariknya, kini selang seminggu, pihak SocialRank pula hadir dengan tool
mereka tersendiri untuk membolehkan anda mengetahui siapakah pengikut pertama
anda di Twitter.
Menggunakannya, anda
boleh mengetahui siapakah orang pertama yang mengikuti akaun Twitter anda
selepas anda mendaftar perkhidmatan tersebut.
Jadi, bagi anda yang
aktif menggunakan Twitter, mungkin boleh menyemaknya hari ini, dan melihat
sendiri siapakah orang pertama yang mengikuti akaun anda hari ini.
Layari : Twitter First Follower