Wednesday 9 April 2014

Twitter Mula Memperkenalkan Rekabentuk Halaman Profil Baru Kepada Semua .

Assalamualaikum .

Twitter telah sedia menguji rekabentuk halaman profil baru sejak beberapa minggu yang lepas, dan kini ia dilihat mereka telah mula memperkenalkan rekabentuk baru ini dengan lebih meluas lagi.



Pengenalan antaramuka baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna, dimana melaluinya ia kini memperlihatkan gambar header bersaiz besar termasuk paparan gambar profil yang besar. Disamping itu, paparan tweet juga diketengahkan, selain memudahkan lagi pengguna melihat gambar dan sebagainya dengan mudah.
Pengguna turut dilihat diberikan pilihan untuk pin sesuatu Tweet pada bahagian atas profil mereka, sekaligus memberikan lebih kawalan terhadap apakah yang akan dilihat para pengguna.
Pengguna sedia ada dijangka akan menerima kemaskini ini dalam beberapa minggu akan datang, sementara pengguna baru akan melihat paparan baru ini sebaik sahaja mendaftarkan diri untuk perkhidmatan tersebut.

Sumber : twitter

Monday 7 April 2014

Langkah-langkah format laptop windows 7 .

Assalamualaikum ,

harini rajin pula nakk share satu benda ni , almaklumlaa aku kena buat final report untuk sem 4 dan kena pulak buat experiment gunaa laptop..hahaha, 
semogaa bergunaa untuk anda yang mahu komputer anda bersih dari segala virus .
tapi sebelum itu pastikan anda membuat backup data sebelum format dan pastikan juga BIOS sudah di-setting terlebih dahulu .





1)  Masukkan CD dan reboot laptop. Ketika keluar "Press any key to boot from CD or DVD...", tekan sahaja mana-mana key kat keyboard.


2) Windows sedang loading .


3) Klik INSTALL NOW


4) Klik pada kotak sebelah "I accept the license terms". Klik NEXT


5) Klik pada CUSTOM (Advance) 


6) Klik pada Partition yang mahu format dan tekan Drive Option


7) Dan klik format


8) Pada ketika ini , system akan install semua pada laptop anda


9) windows akan restart secara sendiri


10) Ketika ini, Windows sudah menyalin semua fail ke dalam laptop


11) windows akan meminta memasukkan nama user, nama laptop , password then tekan next



12) masukan product key . jika pandai crack hanya tekan next .


13) Klik pada USE RECOMMENDED SETTINGS.



14) Windows sedang melakukan proses terakhir.


15) Sekarang, Windows sedang start dan selasai .


abesss..semogaa ilmuu ini dapat dimanfaatkan :)
insyaAllah ,minggu depan saya akan tulis artikal tentang apa ituu crimping cable , modem dan cara configure .














Sunday 6 April 2014

Google Night Walk Memberikan Pengalaman Berjalan Ketika Malam Dilengkapi Audio


Assalamualaikum ,

Google sedia menawarkan fungsi Street View kepada para pengguna mereka, dalam memberikan gambaran 360-darjah untuk beberapa lokasi utama seluruh dunia. Pada masa yang sama, pihak Google kini dilihat berkongsi sebuah projek baru mereka yang dinamakan sebagai Google Night Walk.

Google Night Walk

Google Night Walk

Seperti pada namanya, Google Night Walk ini memberikan pengalaman berjalan ketika waktu malam – yang mana mengabungkan sokongan Street View dan juga bunyi-bunyi persekitaran, sekaligus memberikan pengalaman berjalan dan melihat persekitaran yang lebih realistik.
Untuk projek ini, Google mengambil gambaran sekitar kejiranan Marseille di Perancis, dan turut dilengkapi dengan kisah perjalanannya tersendiri.
Bagi anda yang berminat, boleh mengalami pengalaman anda sendiri di Google Night Walk hari ini, dan ikuti kisah dalam mencari beberapa menarik menggunakannya.

layari : Google Night Walk


Tuesday 1 April 2014

Cut The Rope 2 Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna Peranti Android


Assalamualaikum .

Selepas beberapa bulan diperkenalkan untuk pengguna iPhone, kini pihak ZeptoLab turut menerbitkan permainan popular Cut The Rope 2 untuk para pengguna Android.

Cut The Rope 2 membawakan lebih banyak cabaran baru, dengan beberapa watak dan elemen permainan yang dikemaskini. Seperti biasa, ia masih mengekalkan permainan berlatarkan kepada fenomena fizik. Bersama-sama pengenalan untuk Android, pihak ZeptoLab turut mengatakan permainan francais Cut The Rope ini telah melangkaui angka muat-turun keseluruhan sebanyak 500 juta muat-turun.

Untuk para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.






Mari Uji IQ anda :D

Assalamualaikum :)


Hanyaa 2 % sahaja yang berjaya menjawab soalan ini :)

guddluckk :D


6+2+4 = 122434
9+3+5 = 274570
3+6+8 = 182440
5+9+7 = 453578


then :

7+4+6 = ?



Cari jawapan untuk soalan berkenaan , jikaa anda seorang genius anda akan dapat membuka fail tersebut 
password fail tersebut adalah jawapanyaa .

kandungan file tersebut mengandungi perkataan (......)