Monday, 24 March 2014

Intel Akan Hadir Dengan Cip Lapan Teras Haswell-E – Sokongan Memori DDR4

assalamualaikum dan selamat sejahtera :)


Selain perkembangan positif dalam arena cip pemprosesan mudah-alih, Intel turut tidak melupakan arena perkomputeran desktop. Hari ini, pihak Intel dilihat berkongsi beberapa info berkenaan cip pemprosesan baru mereka, Haswell-E.

Info penuh berkenaan dengan cip Haswell-E baru ini tidak diketahui sepenuhnya. Menurut Intel, ia merupakan cip desktop pertama daripada Intel yang hadir dengan lapan teras dan cipset X99. Disamping itu, ia juga akan menjadi platform desktop pertama yang hadir dengan sokongan memori DDR4.

Dengan cip edisi Extreme ini, ia sekaligus memberikan tenaga pemprosesan lebih baik, termasuk dari segi overclocking dan beberapa yang lain.



Intel dijangka akan memasarkannya sekitar pertengahan kedua 2014 ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.



Sumber : intel

Sunday, 16 February 2014

Twitter Dilihat Menguji Kedudukan Baru Untuk Butang “Retweet” Dan “Favourite” Di Web

Assalamualaikum .

Twitter sebelum ini telah dilihat menguji paparan profil yang baru untuk web. Selain daripada itu, hari ini ia turut dilihat Twitter menguji kedudukan baru untuk butang “Retweet” dan “Favourite” untuk pengguna Twitter Web.

Twitter RT

Berbeza dengan kedudukan sekarang, butang baru ini dilihat diletakkan pada bahagian kanan setiap Tweet, sekaligus memudahkan lagi proses untuk berkongsi sesuatu Tweet itu dengan rakan lain. Angka sesuatu Tweet itu di-retweet turut dipaparkan bersebelahan dengannya – sama seperti pada aplikasi mudah-alih.
Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat ujian, dan tidak diketahui sama ada ia akan diperkenalkan secara meluas ataupun sebaliknya.

SUMBER RUJUKAN : 1 . AMANZ & zhoulhas

Saturday, 25 January 2014

Kemaskini Android 4.4.2 KitKat Mula Diterima Pengguna Galaxy Note 3 Malaysia

Nampaknya kini Samsung turut sama telah mula memfokuskan kepada pengenalan kemaskini perisian dengan pantas, dimana hari ini beberapa pengguna tempatan telah mula menerima kemaskini Android 4.4.2 untuk peranti Samsung Galaxy Note 3 mereka.

Galaxy Note 3 - Android KitKat

Kemaskini Android 4.4.2 untuk Galaxy Note 3 menyertakan beberapa fungsi, antaranya kebolehan memilih aplikasi permesejan utama untuk SMS, lebih banyak sokongan emoji, sokongan percetakkan wireless, dan beberapa yang lain.

Seperti biasa, kemaskini ini ditawarkan melalui OTA pada saiz sekitar 430MB. Bagi pengguna yang menggunakan Galaxy Note 3, boleh menyemaknya dengan ke halaman Settings > About Phone > Software Update.


SUMBER : AMANZ

Thursday, 2 January 2014

Azam Tahun Baru Untuk Berhenti Merokok? Kini Ada Aplikasi Untuknya :)

http://agendasemasa.com/wp-content/uploads/2013/06/rokok.jpg 

Assalamualaikum..

Dengan permulaan tahun baru, mungkin ramai yang ingin menjimatkan perbelanjaan, dan salah satu caranya adalah dengan kurangkan merokok. Untuk membantu proses berkenaan, kini salah satu aplikasi hadir, dinamakan Quit Pro.

Quit Pro dibangunkan oleh pembangun dari negara jiran, Singapura. Ia ditawarkan secara percuma, tetapi dilengkapi dengan iklan serta pilihan pembelian untuk mendapatkan beberapa ciri premium.

Menggunakan aplikasi berkenaan, ia membolehkan pengguna untuk memantau kaedah mereka merokok, disamping menyediakan beberapa statistik seperti wang yang telah dijimatkan, selama mana anda telah berhenti merokok dan sebaaginya.


Quit Pro

Apa pun, pengguna masih perlu memasukkan data secara manual dan boleh melihat paparan data dalam bentuk grafik dan juga graf. Beberapa ayat motivasi turut disediakan untuk mengalakkan pengguna berhenti menghisap rokok.

Seperti biasa, ia masih boleh ditipu dan bergantung sepenuhnya untuk usaha pengguna itu sendiri untuk berhenti merokok.

 Video : Quit Pro iPhone App - Your mobile phone helps you quit smoking
 Muat Turun : Quit Pro untuk iOS
 Muat Turun : Quit Pro untuk Android


Wednesday, 1 January 2014

Hampir 18,000 Pengguna Dilaporkan Tertipu Dengan Perkhidmatan P1 WiMAX

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizH1kB0quMQUjaHSncpk6-3nN8DRmYKxvnGfK6h8g-Y4HzqN3Eja1QmukDgvvK3fFX0wVbk3ups0bTggLPeBQmCN8amk9pRIqXtvaLasvCtfc9hCaVpJc6z2My6mrX1O9xP5OdLN7rDwk/s1600/P1.jpg




Assalamualaikum . 

P1 WiMAX merupakan salah satu syarikat penyedia perkhidmatan internet, yang menggunakan teknologi WiMAX. Pada tahun lepas, mereka telah mengalami beberapa perubahan, termasuk perubahan pada CEO dan juga turut mengalami pelbagai masalah dengan pengguna.
Salah satu masalah yang hangat dikatakan sejak beberapa minggu yang lepas adalah berkenaan dengan ramai pengguna perkhidmatan P1 yang berdepan dengan tindakan untuk disenarai-hitamkan oleh CTOS.

Daripada apa yang diketahui, pelanggan berdepan dengan tindakan untuk disenarai-hitam sekiranya gagal membayar langganan perkhidmatan tersebut. Ramai yang tidak menyukai perkara tersebut memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan tidak seperti dijanjikan oleh P1. Ia turut dikatakan hampir 18,000 pengguna tertipu apabila P1 gagal memberikan capaian internet terbaik untuk digunakan.

Menekankan perkara ini, Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dilihat meminta kerajaan melalui SKMM untuk mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan. Pada berita yang diterbitkan di Utusan, ia turut dikatakan P1 sanggup untuk tidak mengenakan denda kepada pemilik laman Facebook P1 WiMAX Sucks sekiranya beliau menutup halaman tersebut.

P1 dikatakan akan memberikan kenyataan maklum balas berkenaan aduan ini pada hari ini.

Sumber Rujukan : UTUSAN ONLINE

Wednesday, 18 December 2013

Apakah Perisian Wajib Untuk Komputer Windows Anda?

Assalamualaikum .

Setiap kali seseorang pengguna membeli komputer berasaskan Windows yang baru, salah satu persoalan yang menjadi tanda tanya adalah apakah perisian wajib yang diperlukan pada komputer mereka dalam memudahkan pengurusan dan penggunaan harian komputer mereka.

Jadi, disini kami menyenaraikan beberapa perisian dan aplikasi yang menjadi pilihan kami, dan jangan lupa untuk turut sama berkongsi perisian dan aplikasi pilihan anda.

Pelayar Web – Google Chrome
Google Chrome New Tab
Pada hari ini terdapat pelbagai pilihan pelayar web dipasaran. Setiap komputer Windows sendiri didatangkan dengan pelayar web Internet Explorer dalam usaha memudahkan pelayaran web anda.

Bagi kami, Google Chrome menjadi pilihan utama. Selain daripada memudahkan pengguna dengan akaun Google menggunakannya, salah satu perkara yang menjadi sebab utama pilihannya adalah kebolehan sync data pelayaran pada pelbagai peranti.

Sebagai contoh, anda boleh membuka sesebuah tab menggunakan satu komputer, dan menyambung pelayarannya pada telefon pintar, tablet mahupun komputer lain.
Antara alternatif lain adalah termasuk Mozilla Firefox dan juga Opera.

Muat-TurunGoogle Chrome

Video – VLC Media Player
Sistem operasi Windows sedia hadir dengan pemain media mereka tersendiri. Tetapi satu kekurangan padanya adalah ia tidak menyokong pelbagai jenis format video secara menyeluruh.

Terdapat beberapa pilihan pemain video di pasaran, termasuk antaranya adalah VLC Media Player, K-Lite Mega Codec Pack, dan juga GOM Player.

VLC Media Player merupakan salah satu projek pembangunan berasaskan sumber terbuka, dan dikemaskini dengan pelbagai sokongan codec baru dari hari ke hari. Ia juga turut menyertakan pelbagai pilihan untuk tetapan, termasuk sokongan memainkan video 4K.

 
Dokumen – Kingsoft Office Free 2013
Kingsoft Writer
Salah satu penggunaan utama komputer adalah dalam pengurusan dan penyuntingan dokumen. Pihak Microsoft sendiri menawarkan Microsoft Office, tetapi mungkin tidak ramai yang mampu untuk membeli lesen untuknya.

Terdapat beberapa aplikasi penyuntingan dokumen, dan salah satu perisian percuma bersaiz kecil dan menawarkan sokongan seumpama Microsoft Office adalah Kingsoft Office.

Selain Kingsoft Office Free 2013, antara pilihan lain adalah LibreOffice yang turut ditawarkan kepada percuma kepada pengguna, dan menawarkan lebih banyak pilihan tetapan dan penyuntingan dokumen melaluinya.

 
Storan Awan – Dropbox
Dropbox
Pada hari ini, storan awan telah menjadi salah satu perkara utama yang digunakan oleh pengguna dalam usaha memudahkan mengakses sesuatu fail pada pelbagai peranti, selain mengelak daripada sesuatu fail itu hilang disebabkan kerosakkan pada komputer.

Microsoft melalui Windows 8 telah sedia menyertakan sokongan SkyDrive. Namun, bagi kami yang telah sedia menggunakan Dropbox sejak sebelum ini, lebih mengemari Dropbox berbanding beberapa perkhidmatan lain.

Dropbox menawarkan klien desktop mereka tersendiri, memudahkan proses sync dokumen antara komputer anda. Ia juga turut memudahkan proses perkongsian dokumen bersama-sama rakan yang lain dengan pantas menggunakannya
.
Selain Dropbox dan juga SkyDrive, satu lagi perkhidmatan popular adalah Google Drive.
 
Daftar: akaun Dropbox
 
Sekuriti – Prey Anti-Theft
Bagi pengguna yang menggunakan komputer riba, salah satu perkara yang menjadi igauan harian adalah takut akan komputer riba mereka hilang.

Untuk memudahkan pemantauan dimanakah lokasi komputer riba anda, Prey merupakan perisian yang berguna. Ia membolehkan anda mengetahui lokasi semasa, disamping merakamkan gambar menggunakan webcam terbina pada komputer riba.

Satu lagi pilihan menarik pada Prey adalah dimana pengguna boleh menyembunyikan pemasangannya, dan ia berjalan pada latar tanpa sesiapa mengetahui berkenaan dengannya.

 
Penyuntingan Gambar – Photoscape
PhotoScape

Dengan lebih ramai merakamkan gambar pada hari ini, salah satu perisian yang turut menjadi penggunaan utama pada komputer mereka adalah perisian penyuntingan gambar.

Untuk proses penyuntingan pantas dan ringkas, salah satu perisian percuma yang berguna adalah PhotoScape.

PhotoScape membolehkan anda membuat gabungan gambar, mengubah saiz gambar, memusingkan gambar, dan membuat beberapa penyuntingan pantas melaluinya, sekaligus mengoptimasikan saiz gambar untuk perkongsian di web.

Muat-Turun: Photoscape
 
 
Lain-Lain
CCleaner – Untuk tujuan membuang fail-fail berbentuk cache, disamping membuang fail yang tidak digunakan di komputer anda, sekaligus membolehkan anda mendapatkan ruangan tambahan serta melajukan lagi pemprosesan komputer.

WinRAR – Untuk tujuan compress fail, serta membuka beberapa jenis format fail, terutamanya yang dikongsikan melalui internet.

Jadi, apakah perisian dan aplikasi utama anda pada komputer berasaskan Windows?

sekian :)

sila layari www.amanz.my untuk keterangan yang lebih lanjut .
 

Tuesday, 17 December 2013

Mari Mengenali Storan USB Tiruan .



 Assalamualaikum..

Pada minggu lepas, saya sempat singgah ke Jalan Pasar yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur ketika selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak mengenali lokasi ini, Jalan Pasar cukup sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai ‘syurga’ untuk barangan elektronik. Boleh dikatakan hampir jumlah besar kedai yang berada di sini kesemuanya menjual peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya akan ke sini untuk mencari peralatan audio visual.

Selain daripada menjual peralatan elektronik, Jalan Pasar juga turut sinonim dengan jualan barangan kering yang dijual di kaki lima kedai lokasi ini. Ada yang menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan menarik yang untuk dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan aksesori telefon yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai ‘pendrive’ dijual dengan harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah tentu ini pendrive tiruan. Tidak mungkin pendrive 128GB boleh didapati dengan harga RM9!

Sebelum ini, saya perasan kehadiran storan tiruan mula dijual secara meluas di beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur terutamanya pada tahun ini. Sekiranya anda berkunjung ke Bazaar Masjid India, anda pasti akan perasan kehadiran peniaga yang menjual pendrive dengan harga murah terutamanya di hadapan Masjid India itu sendiri. Selain Masjid India, lokasi popular lain yang turut menjadi sindiket jualan storan seperti ini boleh didapati di Pasar Karat Kuala Lumpur, Petaling Street, dan sudah tentu, Jalan Pasar yang saya nyatakan di atas sebelum ini.

Yang menariknya, barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan USB original. Sekiranya pembeli inginkan bukti bahawa pendrive tersebut betul-betul mempunyai storan 128GB di dalamnya, si peniaga pasti boleh menunjukkannya.
Storan USB tiruan ini sekiranya ia dipalam pada komputer, ia akan menunjukkan storan bebas yang sama seperti original. Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada kebiasaannya.

Jadi, Apa Sebenarnya Storan Tiruan Ini?

Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.
Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran.

IMAG0250

Sebagai contoh, saya ambil storan USB yang dikatakan dalamnya ada 512GB. Tapi disebabkan ia telah digodam, storan ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 512GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.
Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman. Apa yang turut membimbangkan, storan microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini.

Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Storan Original atau Tiruan?

Perkara paling mudah yang anda boleh bezakan jenis storan ini adalah dari segi harga dan saiz kapasitinya. Harga storan USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan 40% lebih murah daripada harga asal masih boleh dikatakan original tapi sekiranya ia menjangkau harga 60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada harga sebenar, anda perlu mula berhati-berhati.

IMAG0251 Sebagai contoh, harga pasaran storan USB bagi kapasiti 128GB adalah sekitar RM265. Di kedai lain, saya menjumpai harga yang lebih murah daripada kedai tersebut yang menjualnya dengan harga RM210 sahaja. Kedua-dua ini masih lagi boleh dikatakan harga pendrive original kerana ia masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM9, RM15, RM30, inilah yang dikatakan storan palsu.

Perkara lain yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk dan tidak sekemas packaging original. Cara ini mungkin agak sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih kurang sama. Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan cara packaging storan tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan tiruan.

Pendrive FakeTipu Helah dan Simptom Storan Tiruan

Apabila anda melihat properties storan tiruan ini, sistem operasi seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian. Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.

Tipu helah kedua, storan USB ini boleh digunakan sama seperti storan original. Anda boleh gunakan untuk membuat proses copy dan paste file ke dalamnya asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan menunjukkan simptom apabila data yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.
Selepas ia mencapai tahap tersebut, data baru yang dimasukkan akan hilang secara sendirinya.

 Folder mungkin ada yang tidak terkesan langsung akan tetapi data di dalamnya akan mula corrupt (selalunya dalam 0 byte) apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti sekiranya anda cuba untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar, video, dan dokumen anda rosak dan hilang tanpa diduga.

Simptom lain yang boleh didapati apabila storan jenis ini mula membuat proses overwriting secara sendirinya yang mana anda akan dapati root folder pada storan ini menjadi blank secara tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini menjadi write protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada juga simptom yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarang error sehinggalah storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.

Bagaimana Untuk Menguji Storan Ini?

Salah satu cara anda boleh menguji storan tiruan ini adalah dengan meletakkan banyak data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan data sekurang-kurangnya 25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan tersebut. Storan tiruan akan mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih 25% kapasiti digunakan daripada kapasiti storan asal.

Fake Pendrive TestSetelah anda meletakkan data lebih daripada yang dinyatakan di atas, keluarkan storan tersebut dan masukkan kembali ke dalam komputer. Sekiranya ada file yang mula corrupt atau salah satu file di dalamnya secara tiba-tiba mempunyai salinan file yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah dikatakan storan tiruan.

Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan perisian h2testw yang membolehkan anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam.

Menggunakan perisian h2testw juga mudah yang mana ia hadir dengan antara muka yang ringkas dan straight-forward untuk pengguna. Anda hanya perlu memilih ‘target’ iaitu storan yang ingin diuji kemudian jalankan proses ‘write and verify data’. Sekiranya ia menunjukkan data loss yang banyak lebih daripada apa yang dinyatakan, storan tersebut disahkan mempunyai storan palsu di dalamnya.

Muat turun: Perisian h2testw
Inilah sebab mengapa sindiket jualan storan tiruan sukar dibasmi kerana ia sukar dikenalpasti pada permulaannya dan memerlukan satu proses yang ‘proper’ seperti di atas yang mengambil masa yang agak lama.

Konklusi

Sekiranya anda terbeli storan seperti ini, anda masih boleh gunakannya seperti biasa cuma ada beberapa langkah perlu diambil. Saya sarankan anda jalankan ujian melalui perisian di atas dan kenal pasti storan sebenarnya. Sekiranya ia menunjukkan storan sebenar sebanyak 128MB, jangan masukkan data di dalamnya lebih daripada kapasiti tersebut. Jika tidak, file anda akan mula rosak dan sudah pasti ia mengundang bahaya pada data penting anda.
7837704
Perkara ini juga turut memberi jawapan mengapa ada peniaga berani meletakkan harga pendrive yang jaraknya hanya RM1 bagi setiap perbezaan saiz seperti gambar yang berada pada awal artikel ini kerana storan ‘sebenarnya’ adalah sama. Cuma ia dilabel dengan saiz storan yang lebih besar dan itulah yang menjadikan ia lebih mahal RM1 berbanding storan 32GB yang dalamnya juga mempunyai storan ‘sebenar’ sebesar 128MB.

Bagi anda yang membaca artikel ini, saya menyeru untuk memberitahu keluarga dan rakan-rakan anda mengenai perkara ini. Jangan biarkan virus epidemik ini terus menular ke tangan orang yang kita sayangi dan jangan pula kita sendiri tumpas ke tangan storan USB tiruan ini. Sama-samalah kita membanteras sindiket ini demi kesejahteraan orang di sekeliling kita dan dunia pengkomputeran sejagat.

artikal yang di ambil di : amanz.my